Lantikan Dua Warga China, Khazanah Apa Sudah Jadi?

Pernah dengar tencent?

Tencent Holdings Limited (Bahasa Cina: 腾讯控股有限公司; pinyin: Téngxùn Kònggǔ Yǒuxiàn Gōngsī) ialah konglomerat pemegangan pelaburan multinasional Cina yang ditubuhkan pada tahun 1998, yang anak-anak syarikatnya mengkhususkan dalam pelbagai perkhidmatan dan produk yang berkaitan dengan Internet, hiburan, kecerdasan buatandan teknologi di China dan di seluruh dunia.[4]Ibu pejabat kembarnya ialah Tencent Seafront Towers (juga dikenali sebagai Tencent Binhai Mansion) berpangkalan di Nanshan, Shenzhen.

RACAUAN SINOPHOBIA KE ATAS LANTIKAN KHAZANAH

1. Saya dua kali terkejut berkenaan lantikan baru ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional Berhad. Kejutan pertama ialah dengan membawa dua orang besar daripada syarikat gergasi ekonomi digital China SenseTime dan Tencent. Ini kejutan positif dan menarik kerana tak pernah dibuat kerajaan sebelum ini khususnya oleh YAB Tun Dr. Mahathir sendiri ke atas Khazanah.

2. “Dua warga China” ini bukan sebarang Cina. Jangan sepet akal untuk tabayyun dengan bijak untuk kenal apa dan siapa itu Tencent dan SenseTime. Ini bukan jaguh kampung. Ini jaguh dunia yang meletakkan China di hadapan “future arm race” dalam “cyberwarfare” dan “digital economy”. Gergasi-gergasi di Shenzhen nun dalam sektor tertentu sudah jauh meninggalkan unicorns Silicon Valley khususnya dalam Perkomputeran Quantum.

Pautan Berita:

https://www.nst.com.my/business/2019/04/477855/malaysias-g3-and-chinas-sensetime-develop-ai-talents-and-products

3. Sebagai penjawat awam lantikan politik, saya terikat dengan pelbagai peruntukan perundangan berhubung kerahsian maka dengan “asymmetrical information” yang membatasi ini, saya hanya boleh berkongsi secara spekulatif mengapa Tun M memperkenan membawa masuk “dua warga China” yang cukup dibenci oleh pemuda BERJASA/ISMA graduan Durham, pensyarah UKM pendokong PAS dan Presiden UMNO itu sendiri. Ingat, saya ulang, mereka punya hujah yang sama iaitu menolak “dua warga China” atas alasan “Ke-China-an” mereka. Tohor, dangkal dan memualkan.

4. Nah, apa sebenarnya yang terbuku dalam kepala Tun M untuk letakkan pengasas SenseTime iaitu Profesor Xiao’u Tang dan Naib Presiden Eksekutif dan Pengerusi Pemasaran Kumpulan dan Penjenamaan Global Tencent, Lau Sen Yee yang juga seorang alumnus St. John Institution dan UKM??? Gambaran besar yang tersirat di sebalik perkiraan strategik Tun M sudah tentu termuat dalam sebilangan besar lembaran buku-buku di hadapan saya ini.

5. Ini bukan benda baru. Kosmopolitanisme Tun M dalam strategi pembangunan teknologi buat negara sudah lama diamalkan oleh beliau yang sering mendapat nasihat daripada tokoh-tokoh futurist seperti Alvin Toffler, Kenichi Ohmae, dan ramai lagi. Masih ingat ketika Tun M bawa Stephen Hawking ke Malaysia dan siapa yang protes secara membabi buta ketika itu?

6. Tun M peka. Sangat peka dengan perkembangan dunia. Sebab itu beliau “visionary”, berwawasan, global statesman dan sebab itu beliau tahu apa yang beliau mahu ketika di LIMA tempoh hari dengan kereta terbang aka air mobility. Beliau tahu kenapa Huawei 5G perlu disokong. Beliau tahu sifir dan kalkulus geoekonomi dan geoteknologi yang Malaysia sebagai “kuasa pertengahan” perlu “hedging” di era Indo-Pasifik ini.

7. Dan lebih penting, selaku rakan karib dengan Presiden Vladimir Putin yang mengeluarkan dictum: negara yang menguasai Artifical Intelligence (AI) akan menguasai dunia, Tun M maklum benar dengan perubahan lanskap globalisasi dengan adanya agenda peradaban “Made in China 2025”.

“SenseTime has established itself as a global platform that strives to bring benefits to economies, society, and humanity through AI. We seek to bring a better quality of life for all individuals by leading AI innovation to power the future.”

8. Kalau dulu Tun M selaku penasihat Petronas pernah merangka strategi unik dengan membina jaringan strategik dengan syarikat minyak Russia dan China (kedua-dua veto power dalam UN Security Council) di mana Petronas-CNPC di Sudan dan Petronas membuat pelaburan USD 1.1 bilion untuk pegang 1.3% saham Rosneft, semua itu ada perkiraan strategik buat negara yang melangkaui kadang kala “ringgit dan sen”. Economic diplomacy.

9. Mungkin berdasarkan qarinah (circumstantial evidences) yang ada berhubung perlantikan dua warga China ini dibuat ke dalam Khazanah adalah untuk mendepani cabaran baru buat negara yang dihimpit dengan pelbagai masalah pasca fasa kleptokrasi dari dalam dan hentakan Perang Dagang Amerika-China dari luar.

At the end of the day, bak kata Deng Xiaoping: “Yellow cat, black cat, as long as it catches mice it’s a good cat”.

Kalau alahan dengan sang komunis, ingat pesan Nabi SAW: utlubu ilma wa law bi al-Sin!

We are being left behind, a wasted decade. It’s time to catch up through smart partnership (not selling the whole-ship)!

Dirgahayu Khazanah!

Credit Wan Fayhsal

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.