Asal Usul Musang King

Musang King atau nama asalnya Raja Kunyit sebenarnya berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

Kredit gambar: Dr Abdul Aziz Zakaria (bekas pensyarah UPM Serdang)

Pohon induk asalnya dipercayai tumbuh di Pulau Raya, berhampiran dengan pekan Tanah Merah Kelantan.

Pokok tersebut ditanam sekitar tahun 1800 oleh seorang lelaki bernama Chung Chun Seng yang berhijrah dari China ke pulau tersebut pada tahun 1790.


Pohon Induk Durian Raja Kunyit hidup di pulau Raya sehingga mati akibat dipanah petir pada tahun 1974.

Sebelum mati di sambar petir, seorang pekebun bernama Wee Chong Beng sempat mencambil tunas dan membiak mata tunas durian Raja Kunyit.

Kredit gambar: Dr Abdul Aziz Zakaria (bekas pensyarah UPM Serdang)

Beliau menanam baka durian tersebut seluas 2 hektar pada tahun 1970. Pada mulanya Wee Chong Beng hanya memasarkan durian tersebut di sekitar Tanah Merah dan Kota Bharu.


Pada tahun 80an, durian raja kunyit mula di tanam meluas disekitar Pahang dan Gua Musang sehingga di seluruh negara dan luar negara.

Kredit gambar: Dr Abdul Aziz Zakaria (bekas pensyarah UPM Serdang)

Hanya selepas 20 tahun, durian Raja Kunyit barulah didaftarkan oleh Wee Chong Beng dengan Jabatan Pertanian dengan kod pendaftaran D197 pada tahun 1993.

Musang King adalah nama baru bagi Raja Kunyit dan mula popular di rantau asia seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam.


Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.